Monday, 1 December 2014

Guru Akan Jadi Profesion Berprestij & Elit di Malaysia. Beban Guru Diringankan?

Rangka-Tindakan-Pendidikan-Malaysia
Kami sangat bersetuju jikalau hanya guru yang benar-benar berkualiti dan benar-benar berkelayakan sahaja dipilih. Jangan tangkap muat sahaja. Jatuh, bangun sesebuah negara terletak dan bergantung harap kepada kerangka dasar pendidikan negara yang berkualiti dan paling penting tidak hanya menjanjikan “bulan dan bintang” semata yang mana diharapkan pelaksanaanya juga sehebat cadangannya.
Cuma kami berharap cadangan untuk meringankan tugas guru menjadi kenyataan. Sebab dah selalu dah dengar cadangan seperti ini. Pokok pangkalnya buat dasar biarlah pelaksanaan benar-benar berkesan.

No comments:

Post a Comment