Monday, 1 December 2014

Falsafah Pendidikan Guru dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan

Assalamualaikum.

Jika hendak dibandingkan umur saya dengan pengalaman saya dalam bidang pendidikan atau perguruan bukan dekat jaraknya. Bagaimanapun, ada juga yang melontarkan pandangan bahawa penilaian terhadap pengalaman itu sangat subjektif yang mana biarpun seseorang itu telah lama berada dalam satu-satu bidang itu tidak memberi makna bahawa seseorang itu sangat berpengalaman. 

Apa yang memberatkan dan mempertajamkan neraca timbang pengalaman seseorang adalah sejauh mana seseorang itu berhadapan dan mengharungi pengalaman itu. Dengan kata lain, jika seseorang itu sudah lama menjadi guru jika tIdak teruji dan terpikul dengan cabaran dan tanggungjawab sama jugalah seperti seorang guru yang baharu sahaja melaporkan diri pada hari pertama. 

Saya menyeru semua warga pendidik untuk menghayati kedudukan kita dalam Sistem Pendidikan Malaysia moga tidaklah kita terpesong dalam mengemudi bahtera anak bangsa pada hari muka. Bertitik-tolak daripada itu, marilah sama-sama kita menunaikan amanah dan tanggungjawab yang telah terpatri dalam Falsafah Pendidikan Guru dan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. 

FALSAFAH PENDIDIKAN GURU


FALSAFAH PENDIDIKAN KEBNGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat Malaysia yang berilmu, bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri serta memberi sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran masyarakat dan negara.

No comments:

Post a Comment